27 February 2010

Manusia

Buatlah kerja-kerja dunia
sepadan dengan umur kita,
buatlah kerja-kerja akhirat
sepadan pula dengan kekalnya kita di sana.

Selalu orang menangis
kerana suami kurang simpati,
isteri tidak menghormati,
miskin papa orang tidak peduli,
dimarahi ibu,ayah,suami
bos tidak bertimbang rasa,
kematian orang yang disayangi.

Jarang orang menangis kerana dosa dengan Tuhan,
keterlanjuran dengan orang,
tidak dapat melaksanakan hukum Tuhan,
amalan yang dibuat,adakah diterima Tuhan atau sebaliknya.

;;