8 January 2010

Dosa Laksana Lautan

Kalaulah dosa-dosa aku itu lautan,
Aku telah tenggelam di dalamnya.
Aku telah lemas diumbang ambingkan ombaknya.
Aku dilambung,digulung,dihempas,dipulas.
Rasanya tidak mungkin
Akan selamat lagi.
Akan berkubur rasanya di dalam lautan yang luas itu.

Tapi ada orang yang selamat,
Boleh kembali ke darat dengan pelbagai sebab.
Ada yang bersungguh-sungguh untuk berenang ke tepi,
Ada yang berpaut pada objek-objek di laut.
Tidak kurang ikan lumba-lumba sebagai penyelamat,
Kapal atau bot berulang alik mengutip,
Ada kalanya ombak menolaknya ke tepian pantai.

Ini membawa pengertian untuk ku,
Bahawa tidak boleh berputus asa dengan dosaku yang banyak ini.
Allah telah menunjukkan berbagai-bagai
Jalan untuk menghindarinya.
Mengakui dosa,menyesalinya,
Mencerca diri,selalu bertaubat,
Jangan berputus asa.

Bermujahadahlah selalu,
Iringilah sebarapa banyak kebaikan,
Carilah murshid yang boleh memandu,
Pelajarilah ilmu yang memberi manfaat.
Bergaullah dengan orang tang baik

Berdoalah selalu kepada Allah,
Tuhan yang Hannan Wal Mannan,
Pintu hidayah dan taufiqnya
Terbuka setiap waktu.

0 Comments:

Post a Comment