4 January 2010

PM 1 JAJ 2007...Ingat Ni !!!

Semoga 2010 membawa perubahan yang besar..

Mula-mula,
beritahu diri anda,apa yang akan anda capai.
Selepas itu,lakukan apa yang harus anda lakukan.

Hasil kecil yang diperolehi berpunca dari
usaha kecil yang telah dilakukan.

Perkara mustahil biasanya
merupakan perkara yang tidak pernah dicuba.

Motivasi umpama makanan kepada otak,
anda tidak mampu mengenyangkannya dalam satu masa.
Ia memerlukan penambahan yang berterusan dan selalu digandakan.

Sekiranya anda ingin hidup tanpa menyahut sebarang cabaran,
anda telah memutuskan untuk tidak mahu maju lagi.

Apabila keinginan anda sudah cukup kuat,
anda akan memiliki kuasa di luar batasan
kemanusiaan untuk mencapainya.

Jangan berputus asa dan berserah
Tanpa sebarang matlamat untuk dikejar,
kita tidak akan sampai di sana.

Orang selalu berkata,motivasi tidak akan bertahan lama,
begitu juga dengan mandi,atas sebab itu,
kita harus lakukannya setiap hari.

Pastikan apa yang anda inginkan,
kemudian fikirkan cara untuk membayar harga pengorbanan
untuk mendapatkannya.

Hasil-hasil yang besar bukannya dilaksanakan menerusi kekuatan,
tetapi ketabahan.

Kejayaan seseorang tidak dicapai secara mengejut,
tetapi sementara orang lain sedang tidur,
dia meneruskan lagi usahanya sepanjang malam itu.....

Kalau bukan kita,siapa??
Kalau bukan sekarang,bila???

0 Comments:

Post a Comment